Senarai produk

Monday 21 April 2014

Kepentingan kalsium ( OSTEMATRIX)

Kalsium adalah satu unsur penting dalam tubuh badan. Ia adalah penting untuk aktiviti penguncupan otot, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impulse saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan. 
Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan:

1. Osteoporosis kepada orang dewasa
2. Rickets kepada kanak-kanak (kanak-kanak kekurangan
kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi lembut yang 
boleh menyumbang kepada kecacatan dan retak tulang. 
3. Kejang otot pada muka, tangan dan kaki
4. Tekanan darah dan rentak denyutan jantung yang tidak teratur
5. Osteomalacia (sama seperti rickets) kepada orang dewasa
6. Kejang Otot
7. Kulit tumit pecah
8. Klit menjadi kering

Jumlah pengambilan yang disyorkan :

Pengambilan harian kalsium adalah antara 1000mg ke 1300mg sehari, tetapi jumlah tersebut tidak boleh diambil serentak. Jumlah maksimum pengambilan pada satu-satu masa adalah tidak melebihi 500mg. Jumlah pengambilan yang diambil lebih dari jumlah tersebut akan dikumuhkan oleh sistem badan melalui air kencing. Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan pengumpulan kalsium yang dikumuhkan ini didalam ginjal yang akan menyebabkan karang ginjal. Oleh itu pengambilan jumlah kalsium tersebut hendaklah diambil secara berperingkat dalam sehari.

Pengambilan kalsium tersebut hendaklah disertakan dengan pengambilan Vitamin D yang membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang, gigi dan badan.

Sumber kalsium : 

Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju. Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.
.


No comments:

Post a Comment