Senarai produk

Monday 28 April 2014

Bayi tak cukup susu?

Tanda amaran bagi bayi yang tidak cukup penyusuan
~ bayi kehilangan berat badan sebanyak 10% atau lebih selepas lima hari kelahiran. Dalam masa lima hari, berat bayi seharusnya bertambah sebanyak satu auns sehari.
~ payu dara anda tidak berasa ringan selepas menyusukan bayi.
~ bayi kerap meragam dan dan lemah.
~ najis bayi berwarna gelap selepas lima hari dilahirkan
~ bayi kurang membuang air kecil
~ anda jarang mendengar bayi anda menelan
~ bayi membuat bunyi bunyian semasa anda menyusukannya.

Tips langsing dengan mudah

Assalamualaikum w.b.t
Bersiaran dari teratak kecil yg kebasahan disimbah hujan lebat petang tadi.
Hari ni saya nak bg sedikit tips mudah untuk melangsingkan badan..kadang kadang aktiviti ini kita dah biasa lakukan tanpa kita sedari

1. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas.
2. Berjalan cepat 
3. Bersenam atau aktiviti regangan yg dapat melancarkan peredaran darah.
4. Tunggang basikal secara perlahan lahan tapi dalam tempoh yang lama. Aktiviti ini dapat   
    merampingkan peha dan mencantikkan peha
5. Berenang 

Sekilo berat yg dapat dikurangkan dari badan merupakan kejayaan yg besar...teruskan usaha anda untuk turunkan berat badan ya..
Saya pengedar sah shaklee di area k.kangsar, lenggong, sg.siput
Hubungi saya 013-3764099
Saya juga masih berjuang menurunkan berat badan..dari 70kg hingga 65 kg..target saya 60 kg..saya nak kurus dgn selamat dan berkesan..pm saya..saya bersedia berkongsi cara pemakanan produk shaklee dengan anda.

Wednesday 23 April 2014

Mengatasi sembelit di kalangan bayi dan kanak- kanak

Sembelit adalah masalah yang sangat umum di kalangan anak-anak. Seorang anak dianggap mengalami sembelit ketika dia buang air besar kurang dari tiga kali tiap minggu serta ketika najis yang keluar keras, kering, dan besar.

Apakah simptom-simptom sembelit?

Bagi bayi yang berusia 0-3 bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.
Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
  • Meragam, sakit abdomen dan gastrik.
  • Tidak membuang air besar selama beberapa hari atau perkumuhan usus yang keras dan kering.
  • Abdomen yang keras.
  • Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.
  • Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras.
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Tips membantu bayi atau kanak-kanak sembelit

  1. Apabila bayi masih kecil yang mengalami kesukaran membuang air besar, dengan menggunakan termometer yang telah dilumurkan dengan pelincir jeli khas untuk dubur dan masukkan ke dalam dubur dengan teliti dan keluarkan najis tersebut. Ini dalam membantu bayi mengeluarkan najis tersebut
  2. Bagi bayi yang lebih besar dan telah mula makan bermacam jenis makanan,beri banyak minum air kosong dan jus buah-buahan yang dikisar tanpa ditapis untuk membantu dan mengelakkan sembelit.
  3. Beri makanan, sayuran dan buah-buahan yang mempunyai tinggi serat dalam diet pemakanan anak anda. Contohnya, sayur bayam, lobak merah, pisang, betik, prune dan sebagainya.
Cara-cara berikut juga boleh membantu:

  • Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
  • Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.

Walaupun sembelit dan selalunya tidak merbahaya, tetapi jika ia menunjukkan tanda-tanda lebih serius seperti berikut, segeralah bawa simanja berjumpa dengan doktor:-

  • Sembelit berlarutan lebih dari tiga minggu
  • Kanak-kanak tidak dapat menjalankan aktiviti seharian
  • Terdapat luka atau kesan koyak di kulit sekeliling anus
  • Terdapat sebahagian kecil selaput usus keluar dari anus (hemoroid)
  • Kanak-kanak perlu meneran lebih dari yang biasa dilakukannya
  • Najis yang cair atau lembut keluar dari anus


Tanda-tanda simanja sembelit

  • Anak meragam kerana perut menjadi kurang selesa (sebu), biasanya perut agak membesar dan keras bila ditekan.
  • Tidak buang air besar selama beberapa hari atau jika buang air besar, najisnya keras dan kering.
  • Gejala lain, meliputi rasa sakit di anus saat buang air besar, kram perut, mual, muntah, dan berat badan menjadi turun.

Apakah vitamin Shaklee yang boleh dicadangkan?

Saya mencadangkan mealshake kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak yang mempunyai masalah sembelit. Sebab mealshake ni merupakan makanan tambahan yang berserat tinggi dan mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu). Lactalbumin adalah bahan terbaik mengandungi organism protein yang sangat berkualiti dan mudah serap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa juga amat bernutrisi./ Dengan adanya unsur-unsur ini ia boleh bantu mengatasi masalah sembelit. Jadi ibu bapa mungkin tak perlukan Enema atau sebarang Laktasif lagi.


Monday 21 April 2014

Kepentingan kalsium ( OSTEMATRIX)

Kalsium adalah satu unsur penting dalam tubuh badan. Ia adalah penting untuk aktiviti penguncupan otot, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impulse saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan. 
Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan:

1. Osteoporosis kepada orang dewasa
2. Rickets kepada kanak-kanak (kanak-kanak kekurangan
kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi lembut yang 
boleh menyumbang kepada kecacatan dan retak tulang. 
3. Kejang otot pada muka, tangan dan kaki
4. Tekanan darah dan rentak denyutan jantung yang tidak teratur
5. Osteomalacia (sama seperti rickets) kepada orang dewasa
6. Kejang Otot
7. Kulit tumit pecah
8. Klit menjadi kering

Jumlah pengambilan yang disyorkan :

Pengambilan harian kalsium adalah antara 1000mg ke 1300mg sehari, tetapi jumlah tersebut tidak boleh diambil serentak. Jumlah maksimum pengambilan pada satu-satu masa adalah tidak melebihi 500mg. Jumlah pengambilan yang diambil lebih dari jumlah tersebut akan dikumuhkan oleh sistem badan melalui air kencing. Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan pengumpulan kalsium yang dikumuhkan ini didalam ginjal yang akan menyebabkan karang ginjal. Oleh itu pengambilan jumlah kalsium tersebut hendaklah diambil secara berperingkat dalam sehari.

Pengambilan kalsium tersebut hendaklah disertakan dengan pengambilan Vitamin D yang membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang, gigi dan badan.

Sumber kalsium : 

Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju. Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.
.


Produk shaklee yang tidak boleh diambil

Dikaji-dikaji ada beberapa jenis produk yg pesakit-pesakit dibawah ni xboleh makan..contohnya...

Pesakit Thalasemia: tidak boleh ambil vitalea sebab mengandungi iron,seperti yang kita tahu jika iron banyak,maka kita terpaksa melalui proses pemindahan darah pulak...
#Boleh ambil ostematrix,b complex,esp..

Pesakit g6pd: tidak boleh ambil alfafa sebab alfafa kaya dengan vitamin k terutama bagi ibu menyusu..zinc dan vitalea pun xboleh sebab mengandungi alfafa..

Pesakit hyperthyroid:tidak boleh ambil vitalea sebab ada iodin,kerana kandungan iodin dalam darah adalah tinggi..

Pesakit SLE: tidak boleh ambil alfafa,zinc dan vitalea sebab dalam vitalea ada sedikit ekstrak alfafa terutama bg yg sedang mengandung dan menyusu...

Makanya kita kena berhati-hati dan alert apa penyakit yg kita ada,dan sebelum beli apa produk pun kena bg details sakit apa,apa yg xboleh makan kepada kami..JANGAN AMBIL MUDAH!!! walaupun hanya sebiji vitamin..

Sunday 20 April 2014

Hamil dengan GLA?

Bagaimana cara cepat hamil langkah demi langkah dengan GLA?
Pertama sekali saya nak ingatkan bahawa kita hanya berusaha.. Secara teorinya gamma linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu pasangan yang ingin mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap berbalik kepada Yang Maha Kuasa.

Jadi sebelum berusaha ayuh kita berbanyak mengingati-Nya semoga dianugerahkan cahayamata idaman.

GLA Complex ini diambil oleh isteri, dan saya sarankan di samping GLA complex, isteri juga mengambil set A (Vita Lea, B Complex dan Vita C), untuk persediaan sekiranya hamil. Vita Lea dan B Complex membekalkan asid folik yang cukup bayi mengelakkan kecacatan pada bayi, seperti spina bifida.

Baiklah, cara-cara pengambilan GLA untuk cepat hamil:

Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya.Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun boleh mengagak yang terbaik.Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14.Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari.Maka pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13.Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil.Jika tidak, ulangi proses tersebut.

kita berusaha dan bertawakal kepada Allah. Semoga semua pasangan suami isteri yang berhajatkan anak dari zuriat sendiri bakal menimangnya insya-Allah.

NAK HAMIL DENGAN CEPAT

11 TIPS UNTUK HAMIL DENGAN CEPAT

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
 10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Merawat cyst dengan shaklee

Tanda tanda Cyst

Cyst adalah tompokan darah beku yg melekat di tisu2 rahim. Ininya boleh terjadi bukan 1 biji malah lebih dr 5 tempat. Simptom ini boleh dikesan dari senggugut dan tidak datang bulan.

1. Banyak kali ‘cyst’ dan ‘tumour’ pada kilang ovary dijumpai secara kebetulan, ketika wanita berkenaan sedang menjalani pemeriksaan untuk tujuan lain. Tidak ada tanda dirasai. 

2. Gangguan dalam pusingan haid saperti la
mbat atau tidak datang pada waktu yang di jangkakan, haid tidak teratur saperti diluar waktu haid atau ia datang sedikit sedikit tetapi berpanjangan.

3. Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.

4. Sakit senggugut, sakit waktu persetubuhan atau sakit perut tanpa mengira masa.

5. Perut membesar tanpa hamil.

6. Putus haid pada umur yang muda (Premature menopause)

7. Gangguan kencing atau air besar.

8. Dalam kes kanser ovary diperingkat lambat – hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggang dan letih lesu.

AWAS JANGAN TUNGGU TANDA. BUAT PEMERIKSAAN PAP SMEAR DAN UJIAN ‘VAGINAL ULTRASOUND’ SETAHUN SEKALI.

Isu - Ketumbuhan Ovari Diperingakt Remaja - TV3

Its a fact, ibu ayah kadang bila anak dara dah start meningkat remaja mereka akan sediakan 'pampers' je. Bila anak mengadu sakit sengugut mula la menghukum.

Ada antara wanita atau remaja yang sengugut sampai kena telan pain killer, 'ubat pink' tu, tanpa memikirkan kesan akan datang terhadap buah pinggang mereka, terhadap peranakkan mereka.

Tau2 je, cyst dah sebesar kandungan 7-8bulan! whooaaa. Dasyat!




APAKAH PUNCA FIBROID

Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala
Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.

Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim:

Fibroid 1.Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.
Fibroid 2.Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.
Fibroid 3.Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.



Adakaha Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-suburan??

Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana untuk merawat masaalah Cyst??


Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.





Selain itu anda boleh mengambil cara alternatif bagi merawat cyst dengan mengamalkan 
supplement semulajadi.GLA COMPLEX dapat membantu masaalah hormon sekaligus dapat mengecutkan cyst. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

ESP sumber protin yg disukai ramai

Nak tau kenapa semua orang tergila gilakan esp? ia, sebab perubahan yg dirasa.. antaranya : 1. Kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 2. Membantu hilangkan parut jerawat di muka. 3. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih. 4. Menganjalkan kulit dan menganjalkankembali payudara yang kendur. 5. Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. 6. Menyokong kesihatan imunisasi badan. 7. Mengawal paras kolesterol. 8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat. 9. Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak 10. Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam. 11. Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum. 12. Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil 

BERMINAT??WHATSAPP/SMS/ PM DAYANG 013-3764099

Cara Minum Esp

Variasi resipi cara bancuh ESP:

Memandangkan ESP ni one of our best seller.. maka dibwh ni disenaraikan cadangan beberapa cth resipi cara bancuh yg anda boleh cuba..

Saturday 19 April 2014

OMEGA GUARD khasiat minyak ikan

Jom baca kisah mengenai OMEGA GUARD.. mane2 ibu yg tgh preggy, menyusu, ade ank2 yg x fokus blaja dlm kelas, lambat blaja, cer ikhtiarkan bg omega kat diorang.. insyaAllah membantu 

Siapa yang perlukannya??
(1) Ibu hamil
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

(2) Ibu menyusu
- Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(3) Kanak-kanak
- Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
- Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema
- Memperkuatkan sistem imunisasi badan

(4) Mereka yang mengalami masalah berat badan
- Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
- Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang

Nota : OmegaGuard bertindak lebih cepat berbanding LECITHIN. Perumpamaannya, lecithin tu naik basikal dan omegaguard tu naik kapal terbang..Apa pun terpulang pada bajet anda ya

(5) Sering alami masalah kesihatan
- Batuk berkahak, selesema yang berterusan
- Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
- Sakit strok

6) Pesakit jantung
-memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal
-individu yang ingin memelihara kesihatan jantung dari awal

[INFO : PELBAGAI KEBAIKAN OMEGA 3 DI DALAM OMEGA GUARD SHAKLEE]

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

♥ Mencegah insomnia
♥ Mengurangkan tekanan emosi
♥ Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
♥ Membantu memperbaiki masalah autism
♥ Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
♥ Mengurangkan masalah schizophrenia
♥ Masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Dayang 013-3764099
 



KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN

Kenapa agaknya kita perlu ambil suplemen...selama ni apa yg kita makan tak berkhasiat ker?..Ala apa susah kalau sakit demam, sakit kepala panadol kan ada..sejam dua hilang la rasa sakit tu..tapi kita pasti x penyakit tu x akan berulang lagi?yakinkah kita dengan pengambilan ubat ubatan sintetik sebenarnya memudaratkan untuk jangka masa panjang..jom saya kongsikan dengan anda sebab utama kita perlu mengambil suplemen..
1) pencemaran persekitaran- persekitaran yg terdedah dengan pencemaran..air, udara, tanah sudah banyak yg tercemar..seiring dengan kemajuan teknologi, proses pemodenan menyumbang kepada pencemaran..kita tak mampu menolak pemodenan malahan kita terpaksa menerima risiko pencemaran.

2) pengambilan makanan yang kurang berkhasiat- gaya hidup masa kini makanan segera menjadi pilihan utama..sayur sayuran dan buah- buahan yang kita makan pula terdedah dengan racun serangga dan baja kimia.

3) gaya hidup tidak sihat- jarang bersenam dan tidur yang kurang menjejaskan kesihatan

4) tekanan hidup - corak kehidupan masa kini membuatkan manusia semakin stress dan tertekan..tuntutan kerja..masalah kewangan dan banyak lagi.

5) pengambilan ubat berlebihan- pengambilan ubatan sintetik memberi kesan jangka masa panjang kepada badan tanpa kita menyedarinya.

Mengapa Shaklee?
Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam dan dibuktikan berpandukan kajian saintifik.


Friday 18 April 2014

Jangan ambil mudah tentang KALSIUM..PROMOSI April 2014..BELI 6 percuma 1 OSTEMATRIX

ketahui berapa pengambilan kalsium anda seharian & check tanda-tanda kekurangan KALSIUM anda
" Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ia
lah mencegah penyakit osteoporasis. "
Berapa banyak kalsium diperlukan?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.

Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut.. Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
  • Otot & Saraf:
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm

  • Saraf:
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
  • Jantung
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
  • Kulit
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering
  • Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
  • Kekejangan atau kram otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol timggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.
Kenapa Shaklee Osteomatrix pilihan saya?
... kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah.. 

Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Tahukah anda mengapa kita perlu amik 4 biji osteomatrix sebelum tidur??
... Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan gitu.

Shaklee selamat, berkesan




ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI
VITAMIN ORANG KAYA,TAK MAMPU LA,SAYA MAKAN VITAMIN MURAH JER  YANG JUAL DEKAT FARMASI TU..TAPI RAMAI ORANG CAKAP SHAKLEE NIE BAGUS.
Sejujurnya, saya akui bahawa vitamin Shaklee nie memanglah vitamin mewah, namun ianya tidak semahal yang anda sangka, dan sesiapa jua mampu memilikinya! Apa taknye..bukan sampai RM1 pon sebiji..hehe..sen2 je pon...

Keduanya, vitamin Shaklee ialah vitamin natural/ semulajadi, asli tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan yang pasti, tanpa silika gel dan BUKAN vitamin sintetik.

Jom kita ikuti perbezaan di antara vitamin semulajadi & vitamin sintetik:

1. Penghasilan
-Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.Keserasian dengan badan
-Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
-Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga
-Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
-Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan
-Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

-Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang
-Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
-Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.


Sekarang semuanya bergantung pada diri anda. Anda yang berhak untuk meningkatkan Tahap Kesihatan Anda. KINI Pilihan ditangan anda..



SHAKLEE MAHAL KE??

Ada yang teragak-agak nak beli Vitamin Shaklee.. Kononnya mahal sangat.
Betul ke mahal sangat tu?? Bagi saya, x la... MURAH sebenarnya.  Kalau tak percaya, jom kita sama-sama kira. Terutamanya bagi anda yang sangat concern tentang harga.

Energizing Soy Protein (ESP)

1 tin ESP tahan 2 bulan/RM150 (average).. Biasa 2-3 bulan
kalau diminum 3x sehari.. 2 bulan = 180 kali minum.
(1 sudu sekali bancuh)
Harga untuk 1 bulan RM75* sahaja (average)
Harga sekali minum = RM0.83 sahaja

Bandingan air kotak soya
Harga RM1.50 sekotak.
Untuk 3x minum setiap hari selama 1 bulan = RM135

Anda jimat RM60 setiap bulan.
Cuba bandingkan khasiatnya pula.. yang mana lebih baik untuk kesihatan?
Rendah gula? Non GMO?


--------------------------
Sustained Release Vitamin C 500mg


Harga 1 botol Vitamin C Shaklee 6 bulan/180 biji/RM90* (average)
180bj, untuk 6 bulan
1 bj hanya RM0.50 sen sahaja.
1 bj vitamin shaklee = 7 1/2 bj buah oren
1 Bulan hanya RM15* sahaja (average)

Bandingan buah oren
1 kilo average RM5 = 6 bj buah oren~
1 biji buah oren = RM0.83
7 1/2bj buah oren = RM6.23
1 bulan = RM186.90

Untuk mendapat khasiat yg sama 7 1/2 biji buah oren (500mg vitamin c sehari) anda perlu berbelanja RM6.23 sehari (dengan makan buah oren), tp dengan vitamin C shaklee hanya RM0.50* sen shj :) Jadi anda jimat RM171* ;)

Jadi apa pendapat anda?
Harga Shaklee setanding kualitinya.. Vitamin yang DIJAMIN SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI ;) 

Jangan tertipu dengan tanda harga. Teliti betul2. Kadang-kadang yang kita selalu llihat di farmasi murah, tp rupanya hanya 30 biji untuk sebulan.  Rupa-rupanya juga vitamin sintetik, bukan semulajadi pun. Kan dan tertipu!!!

BASIC H membersih secara semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate


Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
 
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan 
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Periuk, besen dan pinggan mangkuk 
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 
Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Friday 4 April 2014

Mengapa saya pilih ESP?

Pm/ sms / whatsapp 013-3764099
Fb: dayang mastura
Fb page: pechenta vitamin


Testimoni vivik

As salam..hari ni saya nak bercerita tentang sahabat saya yg menghidap penyakit kencing manis dan semakin sembuh dengan pengambilan vivik shaklee...sudah lama dia menghidap kencing manis dan kedua dua tapak kakinya sudah berlubang..kakinya juga sudah kelihatan kehitaman..mendengarkan harga vivik dia terdiam..saya menyakinkannya duit boleh dicari tapi kaki kalau sudah dipotong..nk ke mana mana pun susah kan...syukur walaupun mengalami healing crisis dia tetap minum vivik...genap sebulan dia menghantar gambar tapak kakinya...syukur kaki yang berlubang dah semakin mengering dan lukanya mengecil..rasa nak nangis tengok..seronok dapat membantu org lain membaiki tahap kesihatan mereka...yang penting kita jgn berputus asa..
Vivik mengandungi muscadine grape,purple carrot, elderberry dan polygonum cuspidatum yg menunjukkan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan pada tahap sellular..
Jom minum vivik hari ni
Berminat pm/ sms/ whatsup dayang 013-3764099
Fb: Dayang Mastura
Fb page: pechenta vitamin