Senarai produk

Monday 5 May 2014

Testimoni vivik- pesakit kencing manis


KENALI JENIS JENIS KEGEMUKAN

Eh gemuk pun ada macam macam kategori ya..sebelum menjalani proses melangsingkan diri, kita perlu ketahui jenis kegemukan yang dialami supaya senang mencari jalan penyelesaian..vitamin mana yang sesuai supaya pengambilan vitamin memberi kesan yang kita inginkan. Perlu diingatkan senaman dan pengiraan kalori makanan yang diambil sangat penting dalam proses menurunkan berat.

1. GEMUK KERANA KUAT MAKAN
-sukar menahan nafsu makan dan tubuh terlihat gemuk secara menyeluruh dari muka sampai ke kaki.

2. GEMUK JENIS EPAL
- perut buncit, kaki kecil dan tidak bertenaga disebabkan kadar metabolisma kurang baik dan menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Paling teruk boleh menyebabkan strok.

3. GEMUK JENIS PIR
- berlaku terhadap wanita yang melahirkan anak atau melakukan pembedahan di perut. Perut membesar di bahagian bawah,kaki dan paha besar.

Sunday 4 May 2014

Sayangi jantungmu dengan CoQHealth

Apa itu CoQHealth?
CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Di antara fungsi CoQ10 :

• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Coenzyme Q10 boleh didapati dalam bentuk makanan kita seharian, didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Coenzyme Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Coenzyme Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Manfaat lain Co Enzim Q10 :

1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian

Monday 28 April 2014

Bayi tak cukup susu?

Tanda amaran bagi bayi yang tidak cukup penyusuan
~ bayi kehilangan berat badan sebanyak 10% atau lebih selepas lima hari kelahiran. Dalam masa lima hari, berat bayi seharusnya bertambah sebanyak satu auns sehari.
~ payu dara anda tidak berasa ringan selepas menyusukan bayi.
~ bayi kerap meragam dan dan lemah.
~ najis bayi berwarna gelap selepas lima hari dilahirkan
~ bayi kurang membuang air kecil
~ anda jarang mendengar bayi anda menelan
~ bayi membuat bunyi bunyian semasa anda menyusukannya.

Tips langsing dengan mudah

Assalamualaikum w.b.t
Bersiaran dari teratak kecil yg kebasahan disimbah hujan lebat petang tadi.
Hari ni saya nak bg sedikit tips mudah untuk melangsingkan badan..kadang kadang aktiviti ini kita dah biasa lakukan tanpa kita sedari

1. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas.
2. Berjalan cepat 
3. Bersenam atau aktiviti regangan yg dapat melancarkan peredaran darah.
4. Tunggang basikal secara perlahan lahan tapi dalam tempoh yang lama. Aktiviti ini dapat   
    merampingkan peha dan mencantikkan peha
5. Berenang 

Sekilo berat yg dapat dikurangkan dari badan merupakan kejayaan yg besar...teruskan usaha anda untuk turunkan berat badan ya..
Saya pengedar sah shaklee di area k.kangsar, lenggong, sg.siput
Hubungi saya 013-3764099
Saya juga masih berjuang menurunkan berat badan..dari 70kg hingga 65 kg..target saya 60 kg..saya nak kurus dgn selamat dan berkesan..pm saya..saya bersedia berkongsi cara pemakanan produk shaklee dengan anda.

Wednesday 23 April 2014

Mengatasi sembelit di kalangan bayi dan kanak- kanak

Sembelit adalah masalah yang sangat umum di kalangan anak-anak. Seorang anak dianggap mengalami sembelit ketika dia buang air besar kurang dari tiga kali tiap minggu serta ketika najis yang keluar keras, kering, dan besar.

Apakah simptom-simptom sembelit?

Bagi bayi yang berusia 0-3 bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.
Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
  • Meragam, sakit abdomen dan gastrik.
  • Tidak membuang air besar selama beberapa hari atau perkumuhan usus yang keras dan kering.
  • Abdomen yang keras.
  • Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.
  • Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras.
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Tips membantu bayi atau kanak-kanak sembelit

  1. Apabila bayi masih kecil yang mengalami kesukaran membuang air besar, dengan menggunakan termometer yang telah dilumurkan dengan pelincir jeli khas untuk dubur dan masukkan ke dalam dubur dengan teliti dan keluarkan najis tersebut. Ini dalam membantu bayi mengeluarkan najis tersebut
  2. Bagi bayi yang lebih besar dan telah mula makan bermacam jenis makanan,beri banyak minum air kosong dan jus buah-buahan yang dikisar tanpa ditapis untuk membantu dan mengelakkan sembelit.
  3. Beri makanan, sayuran dan buah-buahan yang mempunyai tinggi serat dalam diet pemakanan anak anda. Contohnya, sayur bayam, lobak merah, pisang, betik, prune dan sebagainya.
Cara-cara berikut juga boleh membantu:

  • Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
  • Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.

Walaupun sembelit dan selalunya tidak merbahaya, tetapi jika ia menunjukkan tanda-tanda lebih serius seperti berikut, segeralah bawa simanja berjumpa dengan doktor:-

  • Sembelit berlarutan lebih dari tiga minggu
  • Kanak-kanak tidak dapat menjalankan aktiviti seharian
  • Terdapat luka atau kesan koyak di kulit sekeliling anus
  • Terdapat sebahagian kecil selaput usus keluar dari anus (hemoroid)
  • Kanak-kanak perlu meneran lebih dari yang biasa dilakukannya
  • Najis yang cair atau lembut keluar dari anus


Tanda-tanda simanja sembelit

  • Anak meragam kerana perut menjadi kurang selesa (sebu), biasanya perut agak membesar dan keras bila ditekan.
  • Tidak buang air besar selama beberapa hari atau jika buang air besar, najisnya keras dan kering.
  • Gejala lain, meliputi rasa sakit di anus saat buang air besar, kram perut, mual, muntah, dan berat badan menjadi turun.

Apakah vitamin Shaklee yang boleh dicadangkan?

Saya mencadangkan mealshake kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak yang mempunyai masalah sembelit. Sebab mealshake ni merupakan makanan tambahan yang berserat tinggi dan mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu). Lactalbumin adalah bahan terbaik mengandungi organism protein yang sangat berkualiti dan mudah serap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa juga amat bernutrisi./ Dengan adanya unsur-unsur ini ia boleh bantu mengatasi masalah sembelit. Jadi ibu bapa mungkin tak perlukan Enema atau sebarang Laktasif lagi.


Monday 21 April 2014

Kepentingan kalsium ( OSTEMATRIX)

Kalsium adalah satu unsur penting dalam tubuh badan. Ia adalah penting untuk aktiviti penguncupan otot, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impulse saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan. 
Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan:

1. Osteoporosis kepada orang dewasa
2. Rickets kepada kanak-kanak (kanak-kanak kekurangan
kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi lembut yang 
boleh menyumbang kepada kecacatan dan retak tulang. 
3. Kejang otot pada muka, tangan dan kaki
4. Tekanan darah dan rentak denyutan jantung yang tidak teratur
5. Osteomalacia (sama seperti rickets) kepada orang dewasa
6. Kejang Otot
7. Kulit tumit pecah
8. Klit menjadi kering

Jumlah pengambilan yang disyorkan :

Pengambilan harian kalsium adalah antara 1000mg ke 1300mg sehari, tetapi jumlah tersebut tidak boleh diambil serentak. Jumlah maksimum pengambilan pada satu-satu masa adalah tidak melebihi 500mg. Jumlah pengambilan yang diambil lebih dari jumlah tersebut akan dikumuhkan oleh sistem badan melalui air kencing. Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan pengumpulan kalsium yang dikumuhkan ini didalam ginjal yang akan menyebabkan karang ginjal. Oleh itu pengambilan jumlah kalsium tersebut hendaklah diambil secara berperingkat dalam sehari.

Pengambilan kalsium tersebut hendaklah disertakan dengan pengambilan Vitamin D yang membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang, gigi dan badan.

Sumber kalsium : 

Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju. Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.
.